Monday 19 September 2011

gembira dalam duka

makna yang penuh mendalam. adakala tika kita gembira, kita alpa bahawa gembira itu akan menyebabkan duka tanpa disangka-sangka. mudah benar kita berasa puas apabila berada dalam zon selesa. padahal, itu akan membawa kepada zon kesempitan sekiranya kita tidak menghargai dan mensyukuri nikmat yang diberi olehNya. itulah kehidupan. walaupun mudah untuk diperkatakan, tapi sukar untuk dilaksanakan. mungkin Allah ingin menduga kita untuk melihat sejauh mana tahap keimanan hamba-hambaNya. kesabaran adalah sebahagian dari keimanan. tapi berapa ramai yang dapat menahan sabar sedangkan lidah mudah mematahkan kesabaran tersebut. jujurlah pada diri sendiri dan jujur dgn Allah S.W.T. Dia Maha Melihat dan Mengetahui setiap tindak tanduk manusia. Jangan sesekali menyakiti hati orang lain. kelak diri sendiri akan mendapat balasan. mungkin lebih teruk balasan tersebut. Nauzubillahi min zalik.. Sesungguhnya Allah Maha Adil. "KEMANISAN DISEBALIK KEPAHITAN"

No comments:

Post a Comment