Monday 14 March 2011

permulaan...

Dalam kehidupan ini mesti ada permulaan dan pengakhirannya. Tidak kiralah kepada sesiapa pun, pasti pernah merasa keadaan sebegini. Ada yang merasa permulaan yang baik tetapi di akhiri kekecewaan. Ada pula yang bermula dengan kepayahan dan berakhir dengan kesenangan.. Itu semua adalah berdasarkan usaha mereka dan takdir yang ditentukan oleh Tuhan Maha Kuasa dan Mengetahui. Apabila berdepan kesusahan atau kekecewaan jangan mudah mengelabah atau berpikiran negatif. Ini semua adalah dugaan dan ujian yang ingin menduga manusia-manusia yang beriman. Sabar itu sebahagian daripada Iman. Allah menyukai hamba-hamba-Nya yang bersabar dalam menempuh pancaroba dalam kehidupan seharian. Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya yang beriman dan bertaqwa. Apabila mendapat kesenangan jangan pula kita lupa dan alpa untuk bersyukur. Itu semua adalah ragam kehidupan untuk kita mengambil pengajaran dan iktibar agar kita selalu saling ingat mengingati antara satu sama lain bahawa dari Dia kita datang, kepada Dia kita pergi. Sesungguhnya Dia Maha Bijaksana mengatur perjalanan kehidupan kita sebagai khalifah di muka bumi ini.